Tue09232014

LAST_UPDATEMon, 22 Sep 2014 10pm

Bantu Bina Masjid Punca Umat Islam Jadi Kedekut, Kata Nik Aziz

Pic: MDPic: MDKUALA BESUT: Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa tindakan Umno yang sering memberi bantuan membina masjid telah menyebabkan umat Islam semakin kedekut untuk menderma membina rumah ibadat itu.

 

Beliau menjelas, tindakan kerajaan negeri Kelantan sewaktu di bawah pemerintahan beliau tidak membina masjid dan hanya memberikan bantuan kepada pembinaan masjid sahaja adalah, untuk mendidik rakyat di negeri itu dengan amalan menderma untuk membina rumah Alah itu.

"Umno suruh buat masjid, dia sendiri tidak sembahyang...Umno buat masjid, buat surau, orang Kelantan jadi kedekut, cari duit buat rumah, masjid tidak buat.

"Jahat Umno ini takut cakap benda betul, cakap perkara salah," kata beliau dalam ceramah ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di sini, malam tadi.

Kehadiran beliau di Kuala Besut untuk membantu calon PAS, Endut@Azlan Yusof telah menghangatkan lagi bahang kempen pilihan raya apabila sekitar 1000 orang hadir dalam program tersebut.

Mursyidul Am PAS itu, dalam ceramahnya turut menggesa pengundi menolak Barisan Nasional yang disifatkannya telah meminggirkan Islam apabila parti Melayu terbesar itu lebih memperjuangkan semangat kebangsaan.

"Umno tolak Islam ambil kebangsaan, bela orang Melayu boleh bawa ke akhirat ke? Kalau Melayu boleh jamin masuk syurga ke?" kata beliau.

Azlan atau lebih dikenali sebagai Che Long turut hadir sama di dalam program tersebut. Bagaimanapun beliau tidak menyampaikan sebarang ucapan.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan wakil PAS, Endut @ Azlan Yusof apabila kerusi berkenaan kosong ekoran kematian penyandang, Dr Ab Rahman Mokhtar.

 

 

- mD