Fri10242014

LAST_UPDATEFri, 24 Oct 2014 2pm

Nelydia Senrose Tak Pasti Uqasha & Pekin Bertunang

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Aktres Nelydia Senrose tidak pasti tentang hal pertunangan di antara kakaknya, Uqasha Senrose dan pelakon Pekin Ibrahim, seperti yang tersebar baru-baru ini. Kalau pun benar Uqasha dan Pekin telah bertunang, kata gadis berusia 19 tahun ini, dia tidak terkejut kerana tahu hubungan cinta antara kakaknya dan bintang filem Bunohan itu memang ditahap serius.
 
Menurut heroin Setia Hujung Nyawa ini, dia sedia maklum akan kedatangan rombongan keluarga aktor itu untuk merisik kakaknya. Cuma pada ketika itu dia tiada di rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran.
 
"Tentang bertunang tu saya tak pasti sebenarnya. Apa yang saya tahu mereka (keluarga Pekin) ada datang merisik kakak saya. Tapi masa tu saya tiada di rumah sebab menjalani penggambaran. Saya pun tengok kakak saya gembira dan saya pun tumpang gembira untuk dia", kata Nelydia ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan pelancaran program-program terbaik Anugerah Syawal TV3, di hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam. 
 
Ditanya mengenai pandangannya terhadap Pekin, kata Nelydia dia baru mengenali lelaki itu sejak Pekin menjalin hubungan cinta dengan kakaknya. Sepanjang perkenalan, Nelydia menyifatkan Pekin seorang lelaki yang baik dan jauh berbeza daripada dakwaan sesetengah pihak mengatakan bahawa lelaki itu kononnya seorang 'kaki perempuan'.
 
"Saya kenal Pekin melalui kakak saya. Setakat ini sepanjang saya kenal Pekin, dia seorang yang baik dan berbeza dengan apa yang orang cakap yang negatif tentang dia", ujarnya. 
 
..
 
Beralih tentang dirinya pula, seperti mana yang ramai tahu hubungan Nelydia dengan pelakon dan pengacara Qi Razali bukan lagi rahsia. Tambah membuktikan cinta mereka semakin mekar apabila Qi memberi buah hatinya itu sebentuk cincin beberapa hari sebelum lelaki itu berangkat ke Argentina. Pemergian Qi ke sana bagi menjalani penggambaran sebuah program, selama dua bulan.  
 
Tanpa berselindung, Nelydia mengesahkan yang memang benar baru-baru ini Qi ada menghadiahkannya sebentuk cincin. 
 
"Cincin yang Qi bagi tu sebenarnya hadiah hari jadi (jatuh pada 30 Julai) saya. Tak ada maksud lain pun. Cincin tu hanya hadiah hari jadi saya dan dia bagi sebelum dia ke sana", katanya ringkas. 
 
Tambah Nelydia selama tempoh dua bulan mereka berjauhan, What Apps menjadi penghubung masing-masing bertanyakan khabar dan melepaskan rindu. 
 
"Saya okay jer. Tak fikir sangat pun yang kami berjauhan sebab masing-masing sibuk. Kalau di sini pun kami jarang berjumpa. Lagipun bukannya lama sangat dia di sana. Kami ada juga berhubung menerusi What Apps", tuturnya.
 
Perkembangan lain, Nelydia kini sedang menghabiskan penggambaran drama bersiri Syurga Tanpa Bidadari. Dia juga bakal muncul menerusi telemovie khas raya, Setia Hujung Nyawa Raya di saluran TV3. 
 
 
- mD