Wed11262014

LAST_UPDATEWed, 26 Nov 2014 3pm

Nyaris Dinoda Lelaki Bertopeng

Gambar hiasanGambar hiasanPETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun bergelut hampir 30 minit untuk mempertahankan dirinya daripada diperkosa seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng yang menceroboh masuk rumah ibu saudaranya di Kota Damansara, di sini, Isnin lalu.

Menurut sumber polis, lelaki itu cuba menekup muka mangsa dengan lengan bajunya dibubuh kloroform bagi membuatkan mangsa pengsan namun tidak berjaya. 

“Selepas gagal lelaki terbabit melarikan diri, mangsa menghubungi ibunya dan membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara,” katanya.



- Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyarisdinodalelakibertopeng/Article/index_html