Mon12222014

LAST_UPDATEMon, 22 Dec 2014 12pm

MAS Sedia Perkhidmatan Bawa Jenazah

KUALA LUMPUR: Malaysian Airline System Bhd. (MAS) menerusi anak syarikatnya, MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) menyediakan perkhidmatan membawa pulang jenazah tanpa mengira waktu dan masa.

Jurucakap syarikat berkenaan, Muhamad Zahid memberitahu, secara asasnya waktu perkhidmatan berkenaan, termasuklah penghantaran kargo lain beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam.

Bagaimanapun, katanya, MASkargo sentiasa bersiap sedia sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan selepas waktu berkenaan.

"Perkara ini meliputi juga penghantaran atau membawa pulang jenazah dari luar negara. Secara asasnya, perkhidmatan ini disediakan sepanjang masa dan apabila diperlukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zahid, untuk membawa pulang jenazah, terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi terlebih dahulu.

Antaranya, kata belau, perlu mendapatkan permit import dari negara jenazah itu berada.