Mon07162018

LAST_UPDATESun, 15 Jul 2018 9pm

Hasil Ujian MRI George Clooney Negatif

..

Pelakon terkenal George Clooney yang mengalami kemalangan ketika berada di Olbia, Itali, pada Selasa lalu dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami cedera ringan.

 

Lapor E!, pihak pengurusan mengesahkan suami peguam dan aktivis sosial, Amal Alamuddin ini sudah pulih daripada kecederaan. Aktor "Ocean's Eleven" itu dirawat untuk trauma ringan di bagian pinggul dan di salah satu kaki serta lengannya.

"Dia (George) berehat di rumahnya dan akan baik-baik saja," kata wakil George, Stan Rosenfield.

Hasil ujian MRI yang dijalani George menyatakan hasil negatif, atau tidak mengalami apa-apa kecederaan dalaman yang serius.

Pihak polis juga mengesahkan menyatakan bahawa bintang filem "Batman & Robin" ini mengalami kecederaan parah dan dia telah keluar dari hospital.

George mengalami kemalangan ketika menunggang scooter pada jam 8 pagi untuk pergi ke lokasi penggambaran filem arahannya, "Catch-22" di Costa Corallina. Tiba-tiba sebuah kereta jenis Mercedes ketika muncul dari arah bertetangan lalu merempuh motor yang ditunggangi aktor berusia 57 tahun itu.

Ini bukan kali pertam pemenang Oscar ini mengalami kemalangan motosikal. Pada 21 September 2007, George pernah mengalami kejadian serupa di New Jersey ketika motor yang tunggangi melanggar sebuah kereta.

Sementara itu, dalam situasi lain, George kini masih berada di Itali bagi menyudahkan penggambaran "Catch-22". Filem tersebut berkisar tentang Perang Dunia II tersebut.

George juga produser filem tersebut turut berlakon sebagai Scheisskopf, seorang ketua pelatih yang obsesif di sebuah sekolah tentera di California.