Mon07232018

LAST_UPDATEMon, 23 Jul 2018 8pm

'American Idiot' Sambut Kunjungan Trump di UK

..

Lagu 'American Idiot' yang pernah dipopularkan kumpulan Green Day kira-kira 14 tahun lalu kembali bergema dan menjadi lagu pilihan ramai di United Kingdom sejak kebelakangan ini.

Lagu tersebut seolah-olah itu sebahagian daripada cara masyarakat di negara kelima yang mempunyai ekonomi terbesar dunia itu 'menyambut' kedatangan Presiden Amerika SyarIkat, Donald Trump yang bakal tiba pada 13 Julai ini.

Laporan CNN menyebut, America Idiot kini kembali popular di UK dan kebetulan dekat-dekat dengan hari lawatan Donald Trump nanti. Netizen di negara British itu diminta untuk mengundi 'American Idiot' bersama-sama agar lagu itu menduduki puncak tangga carta lagu.

Seruan tersebut sudah bermula pada 6 Julai dan akan berahir pada 13 Julai ini.

Sehingga saat ini, kempen itu teraporkan berhasil. 'American Idiot' kini berada di tangga ke-18 tangga carta lagu UK.

Sementara itu tagline, 'Get American Idiot to No. 1 for Trump's UK Visit' di akaun Facebook sudah mencapai tanda disukai lebih dari 23 ribu orang.