Sun07222018

LAST_UPDATESat, 21 Jul 2018 9pm

Peluang Peminat Tonton Konsert Seungri (BigBang) di Seoul Percuma!

..

Tinder, aplikasi global untuk bersosial kini bekerjasama dengan travel360.com, platform sehenti untuk kandungan perjalanan AirAsia, untuk membawa para peminat penyanyi popular Korea Selatan, Seungri ke konsert solo pertamanya.

Konsert anggota kumpulan BigBang yang diberi nama, “Seungri 2018 1st Solo Tour [The Great Seungri] in Seoul x BC Card]” ini akan berlangsung pada 5 Ogos 2018 di Jangchung Arena, Seoul, Korea Selatan.

Para peminat berpeluang untuk menyertai peraduan memenangi tiket konsert tersebut di laman Facebook travel360.com dan penyertaan dibuka kepada empat buat negara Asean iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Vietnam bermula hari ini hingga 18 Julai 2018.

Untuk menyertai, muat turun aplikasi Tinder dari http://bit.ly/TinderAirAsiaSeungriConcert; kemudian “Like” di Laman Facebook Travel360.com di https://fb.com/travel3sixty; dan lengkapkan borang penyertaan di pautan http://bit.ly/travel360SeungriLive. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Seorang pemenang dari setiap negara akan dipilih dan masing-masing akan menerima sepasang tiket konsert, tempat penginapan, dan tiket pergi-balik ke Seoul dengan AirAsia.

Pemenang akan diumumkan melalui e-mel pada 20 Julai 2018.

..

Ketua Komersial AirAsia Spencer Lee dalam satu kenyataan berkata, “Kami teruja dapat bekerjasama dengan Tinder untuk menawarkan peluang sekali seumur hidup kepada peminat di Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Vietnam untuk menyaksikan konsert solo pertama Seungri. Kami yakin bahawa Tinder dan travel360.com amat sepadan dan kami akan terus bekerjasama dengan mereka di masa hadapan.”

Sementara Pengurus Tinder Negara Korea Lyla Seo berkata, “Tinder menganjurkan peraduan ini untuk lebih mendekati pengguna aplikasi tersebut di Asean kerana Seungri amat beperngaruh di rantau ini.”

Beliau menambah, “Melalui kerjasama bersama AirAsia, Tinder akan memaksimumkan sinergi bersama syarikat perjalanan, sosial dan gaya hidup terkemuka itu.”

Peraduan ini juga berlangsung di Korea Selatan mulai hari ini sehingga 20 Julai 2018 menerusi aplikasi Tinder.

Selain tajaan konsert solo Seungri, pengiklanan dan pelbagai aktiviti lain, Tinder merancang untuk menawarkan pelbagai pengalaman di luar aplikasi kepada para pengguna untuk meningkatkan kesedaran jenama tersebut di pasaran aplikasi sosial di Korea melalui pelbagai acara kebudayaan.