Mon07162018

LAST_UPDATESun, 15 Jul 2018 9pm

Hilang Kerja, Hilang Kawan

..

Selepas kontroversi penahanannya yang dikaitkan dengan isu penyalahgunaan dadah selain didakwa antara individu yang menganiaya seorang pelakon pada Februari lalu, pelakon Sofi Jikan mendedahkan dia kini sudah tidak lagi mendapat tawaran berlakon.

 

Sofi Jikan dalam kenyataan kepada sebuah akhbar memberitahu, dia bukan hanya kehilangan tawaran kerja tetapi juga kehilangan rakan-rakan yang kini dilihat telah meminggirkannya.

"Jujur saya bercerita, selepas apa yang berlaku saya hilang segala-galanya termasuklah tawaran berlakon dan kawan-kawan.

"Selepas kes berkenaan saya tidak mendapat tawaran berlakon. Kalau ada pun, tawaran tersebut dibatalkan tanpa penjelasan.

"Ada juga beberapa projek yang telah dipersetujui sebelum ini meminta saya menulis surat atas alasan menarik diri," kata Sofi.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan tagline kasi sengat ini berkata dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan pelakon yang mengaitkan dirinya dengan kontroversi terbabit. Pun begitu, Sofi menyatakan dia pernah dihubungi selepas pembebasannya beberapa bulan lalu.