Mon07162018

LAST_UPDATESun, 15 Jul 2018 9pm

Identiti Suami Heroin Winter Sonata Akhirnya Terbongkar

..

Sejak peminat dikejutkan dengan berita bintang utama drama Korea yang mencetuskan fenomena, Winter Sonata, Choi Ji Woo yang berkahwin secara senyap-senyap pada 29 Mac lalu, sehingga kini ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan suami aktres berusia 42 tahun itu.

Timbul desas desus mengatakan suami Ji Woo yang dikenali sebagai Mr. Seo adalah pengurus sebuah syarikat telekomunikasi dan merupakan anak saudara kepada sebuah syarikat koporat ternama di Korea.

Pada 10 Julai lalu, Dispatch mendedahkan butiran identiti Mr.Seo yang menyebut, beliau seorang ahli perniagaan yang menjalankan aplikasi gaya hidup yang dipanggil O2O.

Tidak mahu peminat terus berteka teki dan membuat pelbagai spekulasi lagi, agensi Ji Woo iaitu YG Entertainment tampil dengan kenyataan,

"Seperti yang dilaporkan, suami Choi Ji Woo adalah 9 tahun junior dan merupakan CEO sebuah syarikat aplikasi mudah alih O2O.

"Sebab identiti suami beliau dirahsiakan kerana ia boleh menjadi satu beban kepada satu sama lain jika butiran menyebabkan prasangka dari segi urusan perniagaan dan perkara-perkara lain. "

"Choi Ji Woo dan suaminya hidup bahagia seperti pasangan lain dan mereka berdua menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerja.

"Harap semua memahami niat Choi Ji Woo untuk suami dan keluarganya, dan kami meminta spekulasi yang tidak berasas dihentikan," kata wakil agensi berkenaan.