Sun07222018

LAST_UPDATESat, 21 Jul 2018 9pm

Gaduh di Pakir, Sheeda Gelar Ifa Raziah Perempuan Plastik

..

Sejak malam tadi kecoh mengenai sebuah video insiden dua bintang dangdut iaitu Sheeda yang dikatakan 'menyerang' Ifa Raziah di ruang pakir kereta.

Video berdurasi 43 saat itu dimuat naik oleh Sheeda di Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen pada video itu, Sheeda mendakwa Ifa memburuk-burukkan dirinya kepada pihak lain namun tidak berani bersemuka apabila diminta berbuat demikian.

Penyanyi lagu Angkat Kaki itu menerusi kapsyennya turut melabel Ifa sebagai wanita 'plastik' selain suka mencari pasal dan penipu.

Bersemuka tak berani pulak, perempuan plastik... Suka buat hal... Kena bagi pengajaran supaya dia insaf.

"Pandai pula ko (kau) lari dan buat-buat tak nampak, belakang aku.

"Semua orang ko canang cerita memburuk-burukkan aku. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut! Penipu! Ini jawapannya," tulisnya.

..

Sheeda turut dilihat menolak bahu Ifa beberapa kali dan akhirnya bersemuka lalu pertengkaran di antara mereka tercetus sebelum bekas peserta program Gegar Vaganza itu berlalu pergi.

Difahamkan, Ifa sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.