Thu07192018

LAST_UPDATEWed, 18 Jul 2018 11pm

Tengok Boleh Gomol Jangan

..

Tahniah kepada pasangan pelawak Johan dan isterinya pelakon Ozlynn Wati yang dikurniakan bayi perempuan, pada 17 Jun lalu iaitu pada hari raya ketiga umat Islam meraikan Syawal.

Berita gembira tersebut dikongsi Johan menerusi Instagram yang memberitahu isterinya dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat.

"Maafkan kami suami-isteri sebab buat semua tertanya-tanya dah bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama macam mama dia.

"Raya ketiga dia tak mahu juga keluar jadi kita terpaksa memaksa baby keluar tapi tetap secara normal," tulisnya seperti yang dilaporkan mStar online.

Johan turut memuat naik video dan foto wajah puteri keduanya itu di laman Instagram dan ramai pengikutnya mengucapkan tahniah.

..

Selain itu Johan memaklumkan dia belum bersedia menerima sebarang kunjungan buat masa kini kerana ingin isterinya berehat.

"Jadi, sekarang papa nak mama berehat puas-puas memandangkan nanti malam dah mula berjaga untuk baby.

"Maklumlah kami tiada helper (pembantu). Jadi semuanya (diuruskan) sendiri. Bukan tidak mahu menerima kunjungan tapi papa bagi mama berehat dulu seminggu dua.

"Maklumlah nak membiasakan diri kembali dengan bayi yang masih fragile. Jadi, harap semua faham. Tapi kami akan belanja wajah puteri kedua kami," ujarnya. 

Penyampai radio Era FM ini berharap netizen tidak cepat melatah melihat video anaknya sedang tidur di atas pehanya.

Menurutnya, semua orang boleh datang melawat apabila Ozlynn sudah bersedia dan Johan turut berpesan agar tidak 'menggomol' bayi mereka.

"Okey jangan panik tengok video tu. Pastinya keselamatan diutamakan. Maklumlah sakit pun tak habis lagi. Insya-Allah apabila Ozlynn bersedia, kamu semua boleh datang rumah.

"Ingat! Jangan berniat untuk kenyam anak aku. Aku tahu ada yang dah kancing-kancing gigi tengok gambar anak aku. Selamat datang baby," katanya.

Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.