Sat07212018

LAST_UPDATESat, 21 Jul 2018 4pm

Aktiviti Menembak, Memancing Pelengkap Raya Ben Amir

..

Pelakon yang namanya semakin meningkat naik Ben Amir, 28, punya cara tersendiri mengakhiri kemeriahan petang 1 Syawal.

Tidak seperti orang lain yang meneruskan aktiviti berkunjung ke rumah saudara mara, jiran ataupun rakan taulan,  Ben pula akan melakukan aktiviti memnembak di dusun milik keluarganya sambil memetik buah-buahan atau memancing di dusun keluarganya di kampung.

"Pagi raya macam biasa selepas solat, hari raya saya bersama keluarga menziarah atau kami akan menerima kunjungan saudara mara.

"Di sebalah petang pula, saya bersama sepupu-sepupu saya akan pergi ke dusun dan di situ juga ada kolam ikan peliharaan. Kami melakukan aktiviti seperti menembak, petik buah atau memancing.

"Aktiviti-aktiviti tu dah jadi macam tradisi dan memang biasa kami akan buat setiap kali kami pulang beraya," katanya kepada Malaysia Digest berkongsi mengenai suasana sambutan Aidilfitri.

Selain itu, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin juga berkata dia bersedia melayan kerenah anak buah dan anak-anak sepupunya yang akan meminta duit raya .

"Anak buah saya baru seorang tapi anak-anak sepupu ramai. Memang mereka akan serbu saya dan minta duit raya,"katanya.

Disebabkan dia masih belum berumah tangga, jadi setiap tahun dia tidak kisah memperuntukan perbelanjaan untuk keluarganya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

"Nak kata belanja sakan sangat tu tidak lah, tapi memang saya akan sediakan belanja untuk famili membeli segala keperluan," ujar pelakon drama Air Mata di Bumi Matador ini.