Sat07212018

LAST_UPDATESat, 21 Jul 2018 4pm

Balik Rumah Mertua, Shakilla Khoriri Bawa Mak Abah Sekali

Kredit foto Instagram Shakilla Khoriri.Kredit foto Instagram Shakilla Khoriri.

Aidilfitri tahun ini pasti memberi satu suasana dan sambutan yang sedikit berbeza buat pelakon Shakilla Khoriri kerana tahun ini dia beraya sebagai seorang isteri dan akan pulang ke kampung suaminya di Mersing.

Mengaku belum bersedia untuk menyambut Aidilfitri jauh dari sisi keluarga, disebabkan itu Shakilla membawa ibu bapa serta keluarga kakaknya balik ke rumah mertuanya.

"Raya tahun pertama ni kami tak gaduh (gelak). Fizi, dia okay saja. Cuma dia nak setiap kali raya meti kami akan pulang juga ke rumah ibu bapanya tak kisah sama ada beraya di rumah ibu bapa saya dulu dan kemudian pulang ke kampungnya.

"Jadi tahun ini, raya pertama di kampung saya di Kuala Kangsar kemudian raya kedua balik ke kampung dia. Tapi yang tambah seronok sebab saya rancang bawa mak abah saya sekali.

"Sejujurnya saya belum bersedia untuk raya berjauhan dengan famili, mungkin kena ambil masa sedikit. Jadi saya beritahu Fizi, mak abah dan kakak saya sekeluarga akan ikut sekali dan lagipun mereka nak rasa beraya di kampung sekaligus bercuti. Awal-awal lagi saya dah tempah resort untuk keluarga saya, jadi tiada masalah," katanya kepada Malaysian Digest.

Kredit foto Instagram Shakilla KhoririKredit foto Instagram Shakilla Khoriri

Shakila atau nama sebenarnya Nur Shakilla Mohamad Khoriri, 28, berkahwin dengan Fizi Ali, 29, yang merupakan penyampai radio Suria.fm pada 18 Februari lalu.

Dalam pada itu, pelakon Air Mata di Bumi Matador ini bersyukur kerana dikurniakan mertua dan ipar-ipar yang sangat baik. Sikap keluarga suaminya yang sentiasa mengalu-alukan kehadirannya menjadikan mereka saling cepat mesra.

Istimewa lagi tahun ini Shakila mahu mmbawa ibu dan ibu mertuanya membeli blah baju raya bersama-sama. Selain itu, katanya dia tidak sabar untuk mendapat duit raya dan merasai juadah tradisi iaiatu rendang landak.

"Ibu bapa dan kluarga Fizi merka sangat sporting dan saya tidak kekok. Kami cepat mesra. Saya juga merancang mahu membawa ibu dan mak mertua membli baju raya.

"Fizi beritahu, dalam keluarganya, masih dapat duit raya walaupun sudah berkahwin dan yang lagi best amaun duit raya itu berdasarkan umur, lagi meningkat umur lagi banyak amaun duit raya.

"Selain itu, Fizi cakap juadah tradis yang wajib ada ialah rendang landak. Dia mahu saya rasa masakan itu. Sbenarnya saya risau sebab saya tak biasa makan makanan yang pelik-pelik," ujarnya sambil tertawa.

Sementara berkongsi kemeriahan di sebelah keluarganya pula, Shakila berkata ketika arwah Tok Wannya masih ada, mereka sekeluarga mengamalkan brtakbi dari rumah ke rumah.

"Kalau di kampung saya, malam raya kami akan pergi satu rumah ke satu rumah untuk bertakbir. Tapi sejak tok wan saya meninggal kami dah jarang buat aktiviti itu. Kalau balik pun hanya untuk menziarah pusara tok wan," tuturnya.

Bercuti raya selama lebih kurang seminggu, Shakilla juga merancang untuk mengadakan rumah terbukan dan doa selamat sempena berpindah ke rumah baru.

"Untuk rumah sendiri, kami tak buat banyak sangat persiapan lagi pun kami baru pindah. InsyaAllah, rancangan nak buat terbuka tu ada lagipun kami belum sempat buat doa selamat masuk rumah, mungkin akan sekalikan majlis," katanya.