Sat07212018

LAST_UPDATESat, 21 Jul 2018 4pm

Hanis-Hairul Azreen Sambung Beraya di Australia

..

Sambutan Aidilfitri pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tahun ini lebih meriah bersama anak kesayangan mereka Yusuf Iskandar yang kini semakin membesar.

Berkongsi mengenai persiapan menyambut Syawal, kata Hanis, memandangkan mereka tiga beranak merupakan duta Jakel, jadi untuk baju raya mereka akan mengayakan koleksi mereka sendiri.

Selain itu, seperti biasa dia akan sibuk memasak juadah pada malam raya.

"Kalau bab baju, dah tiada masalah sebab dah ada Jakel dengan koleksi kami. Yusuf pun ada koleksinya sendiri bersama Jakel.

"Memasak? saya akan mula memasak pada malam raya," kata Hanis.

Dalam pada itu Hairul berkata, tahun ini mereka akan beraya di rumah keluarga Hanis di Shah Alam dan pada sebelah petang giliran rumah keluarganya pula.

Lebih mengujakan, Hairul bersama isteri dan anaknya akan pergi bercuti ke Australia mulai hari raya ketiga selama seminggu.

"Raya ketiga nanti kami akam pergi bercuti di Australia. Kali ini saya bawa keluarga saya sekali.

"Memang saya ambil kesempatan cuti raya ni untuk berehat bersama keluarga disebabkan sebelum ini saya sibuk dengan penggambaran filem Paskal

"Dan InsyaAllah, pada bulan Oktober nanti, kami bersama keluarga Hanis pula akan pergi bercuti," kata Hairul.