Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Dah 10 Tahun Aaron Aziz Dan Keluarga 'Beraya' di Hotel

..

Biarpun menetap di Malaysia, menjadi satu kemestian bagi Aaron dan keluarganya pulang ke Singapura setiap kali hari raya Aidilftri.

Menurut Aaron, kemeriahan mula terasa apabila dia dan adik beradik serta sanak saudara berkumpul di malam raya.

"Kami akan balik dua atau tiga hari sebelum raya. Biasanya cuti seminggu. Kemeriahan tu mula terasa sejak daripada malam raya lagi.

"Kami adik beradik dan keluarga masing-masing semua akan berkumpul di rumah ibu bapa saya," tuturnya

Pun begitu setiap tahun dia juga isteri dan anak-anaknya terpaksa menginap di hotel memandang rumah keluarganya penuh.

Menjadikan hotel sebagai rumah kedua mereka, kata Aaron, dia bagaimanapun perlu memilih hotel yang bersesuaian dan menyediakan makanan halal.

"Kalau balik ke Singapura, kami sekeluarga tiada rumah jadi kami menginap di hotel lah. Lagipun rumah ibu bapa kami semua penuh dengan adik beradik lain.

"Maklumlah, rumah-rumah di Singapura kebanyakannya jenis apartment. Bila semua balik, mesti penuh. Jadi saya bawa keluarga saya menginap di hotel.

"Hotel tu kami jadikan tempat untuk tidur dan salin baju saja sebelum keluar beraya di rumah ibu bapa dan saudara-mara. Tapi, saya kena pilih juga hotel yang bersesuaian sebab rata-rata hotel di sana tidak menyediakan makanan halal.

"Pagi raya biasanya kami anak beranak akan bersalaman bermaafan sebelum kita keluar dan pergi beraya sehingga lah lewat malam baru pulang ke hotel semula," katanya yang sudah lebih 10 tahun mencipta nama sebagai pelakon di negara ini.

Antara yang lebih memeriahkan suasana tentulah gelagat anak-anak saudara yang tidak ketinggalan mendpatkan duit raya daripadanya. Kata Aaron, setiap tahun dia selalu terfikir untuk memberi duit raya dalam mata wang ringgit Malaysia.

"Setiap tahun saya selalu terfikir nak bagi duit raya dalam RM tapi bila smpai di kaunter penukaran wang, saya rasa tak sampai hati pula.

"Selalunya duit raya saya akan peruntukan 5 atau 10 dolar Singapura untuk diberikan kepada anak-anak saudara," katanya.