Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Tahun Ni Baju Raya Anzalna 10 Pasang

..

Tahun kedua meraikan Aidilfitri bersama suami tercinta, aktres cantik Anzalna Nasir berkata suasana sambutan raya kali ini tetap meriah walaupun mereka suami isteri belum dikurniakan cahaya mata.

"Alhamdulillah, puasa kali ini semuanya okay. Dan raya tahun ini, masih berdua.

"Walaupun kami belum dikurniakan cahaya mata tetapi saya bersyukur kerana saya menjalani kehidupan yang bahagia bersama suami," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Muhammad Hanif pada 21 Februari 2016.

Pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir ini berkongsi mengenai persiapan sambutan Aidilfitri kali ini ketika ditemui pada majlis sidang media & tayangan perdana program Astro baru-baru ini.

Sudah membuat persiapan awal, Anzalna memberitahu tahun ini dia mempunyai sebanyak 10 pasang baju raya dan kesemuanya dibeli secara atas talian di FashionValet.

"Raya ni saya ada 10 pasang semuanya saya beli di FashionValet sebagai tanda saya sokong kempen sempena Aidilfitri yang dianjurkan. Lagipun saya dipilih sebagai wajah untuk kempen mereka itu. Cuma baju suami yang saya beli di luar dan saya padankan dengan warna sedondon dengan baju saya.

Meraikan Syawa di Kuala Lumpur, kemudia pada hari raya kedua bintang drama Memori Cinta Suraya ini bersama suaminya akan mengikut keluarga pulang beraya di kampung ibunya di Pulau Pinang. Kemudian mereka akan pulang beraya di kampung ayahnya di Muar, Johor.