Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Robbie Williams Bakal Buka Tirai Piala Dunia 2018 Dengan Lagu Kontroversi?

..

Kejuaraan Piala Dunia 2018 bakal membuka tirai pada Khamis ini dan pastinya ramai yang sudah tidak sabar menantikan perlawanan bola sepak yang diadakan empat tahun sekali ini.

Lapor NME, nama Robbie Williams turut diumumkan sebagai artis yang akan membuat persembahan pada upacara pembukaan Piala Dunia kira-kira setengah jam sebelum pertandingan pembuka antara Rusia dan Arab Saudi bermula.

Bekas anggota Take That itu akan tampil membuat persembahan di Stadium Luzhniki di Moscow dengan mempersembahkan lagu berjudul 'Party Like A Russian'.

Namun lagu yang pernah dimuatkan di dalam album yang dilancarkan pada tahun 2016 'The Heavy Entertainment Show' itu pernah mencetuskan kontroversi gara-gara dikatakan berbaur mengkritik Rusia.

Bagaimanapun, setakat ini pihak FIFA tidak memberi maklum balas sama ada penganjur tempatan menyedari mengenai isu lagu itu apabila Williams telah ditempah untuk membuat persembahan pembuka.

Apapun, Robbie tidak keseorangan pada acara pembukaan itu nanti. Dia akan berduet dengan salah satu penyanyi Soprano ternama Russia, Aida Garifullina.

"Saya sangat senang dan gembira dapat kembali ke Rusia untuk sebuah penampilan unik,'

"Saya sudah melakukan banyak hal dalam karier saya, dan tampil membuka FIFA World Cup di depan lebih 80 ribu peminat bola sepak di stadium dan jutaan orang di seluruh dunia terasa seperti mimpi masa kecil yang menjadi nyata.

"Kami ingin mengajak peminat bola sepak dan peminat muzik kami di Russia, di stadium, atau membuka TV mereka untuk acara yang tak akan dilupakan ini," tulis Robbie di Twitter.

..