Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Preity Zinta Akhirnya Pakai Nama Belakang Suami

..

Selepas dua tahun menyandang status sebagai isteri Gene Goodenough, akhirnya pelakon cantik Preity Zinta menggunakan nama belakang suaminya di berbagai akun media sosialnya.

Lazimnya di India, seorang isteri menggunakan nama belakang suami dan bukan lagi nama keluarganya setelah berkahwin. Atau boleh digabung, antara nama belakang keluarga dan nama suami.

Namun Preity baru melakukan perkara itu sekarang, setelah usia perkahwinannya dengan ahli perniagaan berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat itu dua tahun. Itupun Preity hanya menyebutnya dengan satu huruf saja.

"Setelah berkahwin saya memutuskan untuk mengambil huruf G dari suami saya. Satu G sudah Goodenough untukku. Ting," tulis Preity.

..

Sebelum ini, Preity mencetuskan tanda tanya dikalangan pengikutnya di Twitter tetang apa maksud dari tambahan huruf G di nama akun media sosial milik pelakon yang memang aktif di Twitter itu.

Netizen akhir faham mengenai maksud huruf G yang ditulis oleh Preity. Pun begitu, ada pengikut menyebutnya sebagai 'Genius', ada pula yang menyebutnya sebagai 'Good'.