Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Olivia Mun Jawab Tuduhan Punca Perosak Hubungan Keluarga Kekasih

..

Aktres Olivia Munn menyangkal dakwaan yang menyebutkan dia perosak hubungan antara kekasihnya, Aaron Rodgers dan keluarga lelaki itu.

Lapor Nypost.com, bitang filem 'X-Men: Apocalypse' itu berkata setelah sebahagian daripada kehidupan Aaron Rodgers selama tiga tahun, dia mengetahui banyak hal peribadi Aaron termasuklah hubungan dingin dengan keluarganya.

"Saya bertemu dengan abangnya, yang ada di 'The Bachelorette.' iaitu Jordan. Saya bersahabat dengan Jordan. Saya bertemu ibu bapa beberapa kali.

"Sebelum dia dan saya mula menjalin hubungan, dia tidak pernah bercakap dengan salah seorang abang dan ibu bapanya selama lapan bulan, "katanya.

Dia menafikan menjadi pencetus 'drama' keluarga Aaron. Sebaliknya menjelaskan bahawa dia cuba menyatukan semula keluarga tersebut.

Munn bagimanapun tidak mendedahkan tentang penyebab hubungan antara Aaron dan kedua orang tuanya renggang itu. Namun dia tida menafikan ada kesalahan di kedua-dua pihak.

"Saya hanya berfikir sangat penting untuk mencuba memperbaiki sesuatu dalam keluarga.

"Hari terakhir saya di 'The Newsroom' saya menghabiskan hari saya di dalam treler dan menggalakkan dia untuk berbual dengan ibu bapanya, dan mereka mempunyai perbualan yang sangat baik dan kemudian mereka mula keluar bersama pada tahun 2014," tuturnya.

Walaupun keluarga Rodgers mula berbaik namun ketegangan timbul semula pada tahun 2016, ketika Jordan bertanding di "The Bachelorette."

Ketika itu Jordan membawa pasangannya JoJo Fletcher bertemu dengan keluarga. Jordan seolah-olah berkata hubungannya dengan pemain Quarterback pasukan Green Bay Packers itu tidak wujud.

"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan abang saya, Lukas. Saya dan Aaron tidak mempunyai hubungan," katanya.