Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Taimur Jadi Buruan, Kareena Kapoor Beri Amaran Pada Paparazzi

..

Selama ini, aktres Kareena Kapoor sentiasa bersikap terbuka kepada wartawan dan paparazzi walau di mana dia berada. Dia juga tidak pernah menyembunyikan wajah anaknya, Taimur Ali Khan daripada buruan pemberita.

Malah dia senang berkongsi mengenai perkembangan terkini setiap kali ditanya pihak media. Namun Kareena tetap seorang ibu biasa yang mahukan anaknya mendapatkan kehidupan yang baik.

Kebelakangan ini, pelakon filem Kabhi Khushi Kabhie Gham itu mula merasakan Taimur sudah terlalu banyak menjadi tumpuan media dan itu membuatkan dia agak khuatir.

"Tidak apa-apa kalau gambar anak saya dirakam. Tapi tolong, jangan setiap hari anda semua 'memburunya'.

"Saya ingin dia hidup dan membesar dengan normal seperti anak-anak lain.

"Saya tak mahu setiap saat dia 'bertemu' dengan kamera," kata Kareena seperti yang dilaporkan Bollywoodlife.com.

"Tolong jangan jadikan hidup anak saya sebagai filem dokumentari yang dirakam tanpa henti.

"Berikan dia ruang untuk menikmati waktunya agar dia boleh membesar dengan baik.

"Dia baru 17 bulan, masih panjang waktunya untuk membesar," luah isteri pelakon Saif Ali Khan ini lagi.