Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Orang Lain Sibuk Nak Kurus, Aktres Goblin Pula Naik Berat Badan 8kg

..

Selebriti Korea kebiasaannya berlumba-lumba mahu mengekalkan tubuh yang ramping. Namun berbeza dengan Kim Go Eun yang menambah berat badannya sehingga 8 kilogram.

Pelakon yang sebelum ini popular menerusi drama Goblin ini sebenarnya menambah berat badan kerana tuntutan watak dalam filem terbarunya, Sunset In My Hometown. Ini merupakan filemnya yang kesembilan.

Bintang berusia 26 tahun itu juga harus menggunakan loghat satoori (loghat berbicara di sebuah daerah).

Beberapa keping foto Kim Go Eun dalam Sunset In My Hometown yang tersebar menunjukkan karakternya yang berbeza sekali dengan watak Ji Eun Tak dalam drama Goblin. Kali ini dia juga tidak mengenakan solekan yang tebal.

..

Sunset In My Hometown dijadualkan akan ditayangkan pada Julai depan.