Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Kepala Semakin Botak, Isteri Will Smith Kini Tampil Berturban

..

Aktres Jada Pinkett Smith mendedahkan dia mengalami masalah keguguran rambut akibat penyakit Alopecia atau kebotakan yang dihidapinya.

Disebabkan kepalanya hampir botak, Jada kini mula tampil dengan imej berturban terutama apabila menghadiri acara khalayak.

Jada menerusi akaun Facebook miliknya membuat pengakuan mengenai penyakitnya itu dan keputusannya tampil dengan imej baru.

"Banyak yang bertanya mengapa saya mulai pakai turban. Saya punya masalah rambut gugur. Dan awalnya sangat mengerikan," ungkap ibu tiga cahaya mata ini.

Menurut isteri kepada pelakon dan penerbit Will Smith ini, pertama kali dia menyedari penyakit yang dideritanya itu selepas mendapati segenggam rambutnya gugur ketika dia sedang mandi.

Doktor bagaimanapun masih belum mengesahkan punca gejala botak itu namun Jada menyebut ia berkemungkinan disebabakan tekanan yang dialami.

"Saat itu saya berfikir, 'Ya Tuhan apakah saya akan menjadi botak?' Saat itu saya sangat ketakutan. Sebab itu lah saya mula memotong rambutku,"jelasnya.

Katanya lagi, sejak memakai turban dia berasa lebih yakin diri dan kembali bersemangat.

"Ketika saya memakai turban, saya merasa seperti ratu," tuturnya.

Sementara itu menurut fakta perubatan, masalah keguguran rambut berlaku disebabkan gangguan tiroid, anemia, sindrom ovarium polysistik atau penyakit alopecia seperti yang telah dialami Jada.

Tetapi bagi kebanyakan wanita, keguguran rambut hanyalah sebahagian daripada proses penuaan dan permulaan menopos. Kebanyakan wanita mula menopaus antara usia 45 dan 55 tahun dan ia membawa bersama perubahan hormon dalam tubuh.

Fakta juga menyebut, di Amerika Syarikat, kira-kira 21juta orang wanita yang mengalami masalah keguguran rambut.