Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Ariana Grande Masih Trauma Tragedi Bom di Manchester

..

Penyanyi masih bergelut untuk mengatasi memori serangan bom yang membantutkan konsert jelajahnya, "Dangerous Woman" tahun lalu.

Sehingga kini, Ariana mengakui situasi cemas dan menakutkan itu masih menghantui dirinya setiap hari.

Dalam kejadian 22 Mei tahun lalu itu, seorang individu didakwa pengganas meletupkan bom buatan sendiri di ruang legar Manchester Arena di Manchester, England yang mengorbankan seramai 23 orang.

"Terdapat begitu banyak orang yang telah mengalami kerugian dan kesakitan sdalam kejadian itu. Ia akan mengambil masa selama-lamanya," katanya seperti yang dilapor Times.

Menanggao kekejaman sebagai contoh "kemanusiaan yang paling mutlak", Ariana menambahkan, "Muzik sepatutnya menjadi perkara paling selamat di dunia, saya rasa itulah sebabnya saya masih berasa begitu berat setiap hari,"katanya.

Arian menghentikan konsertnya sejurus selepas serangan bom namun dia kemudian kembali dengan konsertnya tribute diberi nama One Love Manchester, yang dipentaskan dalam usaha untuk membantu memulihkan semangat mangsa-mangsa serangan tersebut.

Walaupun dia gembira, kerana dapat merealisasikan konsert itu namun bintang berusia 24 tahun itu mengakui tekanan dari segi psikologi terhadapnya dan semua orang yang berada di acara itu dirasai selama bertahun-tahun.

"Itulah sebabnya saya melakukan yang terbaik untuk bertindak balas seperti yang saya lakukan. "Perkara terakhir yang saya mahukan adalah untuk peminat saya melihat sesuatu seperti itu berlaku dan memikirkannya [terorisme] dimenangi.

"Anda berfikir dengan masa ia akan menjadi lebih mudah untuk dibicarakan, atau anda akan berdamai dengannya, tetapi setiap hari saya tunggu kedamaian itu akan datang dan ia masih sangat menyakitkan," luahnya.

Ariana meluahkan rasa 'sakitnya' itu ke dalam lagu terbaharu bertajuk "No Tears Left to Cry", yang dilancarkan bulan lalu.

"Apabila saya mula menjaga diri saya, kemudian datang keseimbangan, dan kebebasan, dan kegembiraan.

"Ia dicurahkan ke dalam muzik,"katanya.