Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Neraka Jangan Sesekali Buat Main Faiz! - Amaran Da'i Wan

..

Bekas peserta Da'i Pendakwah Milenia musim ke 2, Da’i Wan sekali lagi menegur kelakuan personaliti media sosial, Faiz Roslan yang kembali mencetuskan kontroversi menerusi video parodi terbaharu yang menunjukkan dirinya beraksi umpama perempuan.

Lapor mStar online, Da'i Wan meluahkan kekecewaannya kerana tergamak anak muda itu mencemari hari yang suci pada bulan mulia ini dengan menayang video berkenaan.

"Kamu dan kawan-kawan sama sahaja, tak mahu dengar nasihat, sengaja cari pasal. Sekarang kamu boleh bergembira @thefaizroslan dengan parodi yang kamu buat, kamu tak dengar nasihat orang, kamu buat ikut rasa hati, ikut suka kepala kamu sendiri.

"Sekarang kamu tak nampak kemurkaan Allah lagi, tapi kamu akan nampak kemurkaan manusia pada kamu selepas ini. Tunggu sahajalah,” tulisnya menerusi status yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya malam Khamis.

Tambah Da’i Wan, Faiz tidak seharusnya meraih perhatian dengan membuat video-video seumpama itu kerana banyak lagi cara yang tidak menghina diri.

"Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dengan kerja seperti ini. Hiburan di dunia ni sekejap sahaja Faiz. Jangan jadikan yang sekejap itu ‘fast track’ (laluan singkat) ke neraka, itu tindakan orang yang dungu, Faiz.

"Satu lagi, neraka jangan sesekali dibuat main, kamu tak kan mampu terbayangkan betapa azab atau pedihnya nanti.

"Terlupakah kamu, yang kamu tak lama hidup di dunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akan dihisab. Diserah pada tangan kiri habislah semua rasa seronok yang pernah kamu rasa di dunia,” katanya.

..

Sehubungan itu, Da’i Wan menasihatkan Faiz supaya memadamkan video parodi tersebut sekiranya tidak mahu terus ditegurnya secara terbuka.

Teguran Da'i Wan turut mencetuskan perbalahan sebilangan pengguna media sosial. Ada yang mengeji dan menyifatkan aksi Faiz dan rakan-rakannya itu sebagai jahil dan memalukan.

Namun ada juga yang seolah-olah menyokong Faiz dan menganggap ianya sekadar hiburan memandangkan Faiz sendiri yang memuat naik video tersebut.

Sementara itu, susulan kontroversi video dan kecaman netizen, Faiz kemudian memuat naik status di Insta Story di akaun Instagramnya memberitahu dia telah meluahkan sesuatu kepada seseorang yang digelarnya ‘ustaz’ tanpa merujuk individu tersebut adalah Da’i Wan.