Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

'Tutupkan' Aurat Uqasha Sebab Tak Mahu Tanggung Dosa

..

Pelakon Fikry Ibrahim menjelaskan tindakannya mengaburkan rambut aktres Uqasha pada gambar yang dimuat kerana tidak mahu menimbulkan salah faham dan menangung dosa orang lain.

Memetik laporan mStar online, pemuda berusia 25 tahun itu bagaimanapun tidak mengambil peduli kata-kata sebilangan netizen yang mempertikaikan tindakannya itu.

"Buat apa saya nak tanggung dosa orang lain. Selagi boleh dielak, saya akan cuba elak. Kalau saya tak muat naik foto dia, takut nanti jadi salah faham.

"Jadi nak atau tak nak, saya terpaksa kaburkan rambut dia. Saya ada baca juga komen netizen yang mempertikaikan kenapa saya buat macam tu.

"Tak kisahlah mereka nak kata apa. Tapi selagi saya boleh elak, saya akan cuba," katanya.

Baru-baru ini menerusi Instagram, Fikry memuat naik foto promosi drama Rahsia Hati Perempuan dengan menutup rambut Uqasha.

Foto tersebut menjadi perhatian ekoran dia mengaburkan bahagian rambut Uqasha.Rata-rata netizen memuji sikap Fikry yang menjaga aurat pelakon wanita itu dan tidak menyebarkan dosa kepada orang lain.

..

Dalam pada itu, pengacara program Gema Gegar Vaganza ini masih berpegang dengan prinsipnya tidak mahu melakonkan babak bersentuhan.