Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Elak Diri Terjebak Dengan Parti Politik

..

Pengacara dan pelakon, Karl Shafek menjelaskan dia kurang muncul menerusi lakonan drama bukan kerana digam oleh mana-mana stesen televisyen.

"Sebenarnya saya tidak sepi, ada sahaja di TV9 dan TV3 yang bersiaran setiap hari menerusi program CJ Wow Shop sebagai pengacara.

"Jadi, saya tak pernah rasa digam ataupun dihalang atas sebab tertentu mahupun politk.

"Malahan pada tahun lepas saya ada juga terlibat dengan pembangunan projek MRT anjuran pemerintah sebelum ini," jelasnya seperti yang dilapor Sinar Harian online.

Bagaimanapun, pelakon berusia 38 tahun ini berkata, dia hanya akan melibatkan diri dalam anjuran yang boleh mendatangkan faedah kepada masyarakat sahaja.

"Secara terus terang dan jujur awal-awal lagi saya sudah maklumkan, saya tidak mahu terlibat dengan parti politik.

"Saya hanya terlibat dengan projek yang membawa kebaikan kepada rakyat di mana saya boleh kongsikan, ya saya akan turut serta," katanya.