Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

G-Dragon Sambung Latihan Ketenteraan Selepas Pembedahan Buku Lali

..

Ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon yang kini sedang menuhi tanggungjawab latihan ketenteraan dilaporkan telah dimasukkan ke hospital Universiti di Seoul untuk menerima rawatan dan menjalani pembedahan buku lali.

Pihak pengurusan, YG Entertainment mengesahkan berita tersebut dan memaklumkan penyanyi yang popular dengan lagu Untitled itu akan kembali semula ke kem selepas pembedahan.

"G-Dragon merancang untuk kembali (jalani latihan ketenteraan) beberapa hari selepas pembedahan," kata wakil agensi tersebut

Terdahulu, laporan media menyebut, peretngahan April lalu, G-Dragon menerima rawatan pada pergelangan kaki kanannya di hospital. Doktor yang merawatnya menyarankan agar dia menjalani pembedahan.

Difahamkan pembedahan tersebut bukan kerana kecederaan yang berlaku semasa perkhidmatan ketenteraannya. Sumber dari hospital dan tentera mengatakan bahawa dia mengalami kesakitan buku lali sebelum pendaftaran.

Sebelum ini, sebuah saluran berita China mendedahkan gambar yang menunjukkan pergelangan kaki G-Dragon berbalut. Ketika itu, peminat bimbang dan menyangka dia mengalami kecederaan semasa latihan.

G-Dragon mula mendaftar pada 27 Februari lalu dan ditugaskan dalam satu unit di bawah Bahagian Infantri ke-3. Dia dijadualkan akan menamatkan latihan pada 26 November 2019.