Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

John Legend, Chrissy Kini Dah Ada Sepasang Cahaya Mata

..

Berita gembira daripada pasangan selebriti Chrissy Teigen dan John Legend yang menyambut kelahiran anak kedua mereka, seorang bayi lelaki.

Khabar tersebut disampaikan sendiri Chrissy menerusi akaun Twitter miliknya, semalam

"Somebody’s herrrrrrre! (Seseorang di sini)" tulis Chrissy dan disertakan emoji botol susu dan "smile".

..

Status tersebut mendapat pelbagai komen daripada para pengikut yang rata-rata mengucapkan tahniah. Selain ramai yang bertanyakan apakah nama yang akan diberikan pada puteranya itu.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan lanjut daripada pasangan itu mengenai kelahiran orang baru dalam keluarga mereka.

John, 39, dan Crissy, 32, berkahwin pada 14 September 2013, di Como, Italy.

Pada April 2016, mereka dikurniakan anak sulung perempuan diberi nama, Luna Simone Stephens, yang dilahirkan menerusi kaedah rawatan persenyawaan in vitro (IVF).