Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Priyanka Disebut-sebut Bakal 'Jadi' Heroin Muslim Pertama Marvel

..

Baru-baru ini Marvel mengumumkan mereka bakal memperkenalkan watak Ms Marvel Kamala Khan merupakan super-heroin muslim pertama yang ada di Marvel Cinematic Universe.

Tambah menjadi bualan ramai kerana aktres jelita Bollywood, Priyanka Chopra dikatakan akan melakonkan watak Kamala Khan.

Spekulasi tambah kukuh kerana Priyanka sebelum ini pernah dipilih untuk suara Ms. Marvel versi kartun dalam Marvel Avengers Academy yang ditayangkan pada tahun 2016.

..

Ms. Marvel diinspirasi daripada komik Captain Marvel. Kamala Khan digambarkan sebagai gadis keturunan Pakistan berasal New Jersey. Dia memiliki kemampuan kuasa boleh berubah bentuk.

"Captain Marvel ketika ini sedang dalam proses penggambaran dengan Brie Larson.

"Ms. Marvel yang juga karakter dalam komik. Kami merancang mewujudkan watak itu selepas memperkenalkan Captain Marvel," ujar Kevin Feige selaku presiden Marvel Studiosseperti yang dilaporkan BBC.

Selain itu, Marvel khabarnya telah memberi tawaran kepada Riz Ahmed, Mindy Kaling, dan Kumail Nanjiani untuk menulis cerita Ms Marvel.

Nampaknya Marvel Studios benar-benar serius dalam mengangkat tema kepelbagaian dan peranab wanita dalam setiap filem terbitan mereka.