Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Foto Kematian Kurt Cobain Tak Boleh Disebar

..

Berita kematian penyanyi Kurt Cobain pada tahun 1994 masih menjadi tanda tanya ramai meskipun laporan media menyebut lagenda itu mati kerana membunuh diri.

Terbaru, keputusan mahkamah Washington memerintahkan tiada satu individu atau mana-mana pihak boleh menyebarkan foto vokalis kumpulan Nirvana itu.

Bukn itu saja, foto lokasi peristiwa terseut juga perlu di rahsiakan. Sehingga kini, foto-foto berkena masih 'selamat dalam simpanan'.

Mahkamah menilai penyebaran foto kematian Kurt Cobain dianggpa melanggar hak keluarganya. Sebelum ini Kurtney Love dan Frances Bean Cobain sudah sepakat untuk tidak akan menyebar foto kematian Kurt Cobain kepaada ahli keluarga yang lain.

Keputusan itu dibuat selepas Seattle Richard Lee, salah seorang wartawan, mempersoalkan mengenai kes tersebut. Dia berhasrat ingin menyebar 55 foto kematian Kurt Cobain untuk membuktikan pemuzik itu bukan mati kerana bunuh diri, sebaliknya dia dibunuh.

Dengan keputusan itu, usaha Seatlle Richard Lee untuk membuktikan kes tersebut terbantut kerana ia dianggap sudah selesai dan kes ditutup.