Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Tahun Ini Soo Wincci Berpuasa 16 Jam

..

Seperti tahun-tahun lalu, rutin biasa bagi penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci yang turut berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Tetapi pengalaman tahun ini berbeza sedikit memandangkan dia perlu berpuasa selama 16 jam.

Menerusi kemaskini di laman Instgram miliknya, selebriti berbangsa Cina ini memberitahu dia kini berada di Valencia, Sepanyol. Disebabkan perbezaan waktu, jadi dia mula berpuasa awal sebagai persiapan dan menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.

"Selamat berbuka dari Spain, Wincci kena mula puasa beberapa hari lebih awal kat Spain supaya badan Wincci dapat menyesuaikan diri dengan jadual waktu puasa yg panjang kat Spain,” tulisnya, semalam.

Tebaru, beberapa jam lalu dia memuat naik sekeping foto juadah berbukanya iaitu sekeping roti dan bubur kentang dan segelas air kosong.

"Selamat Berbuka, another day of 16hours puasa in Spain," tulisnya.

Posting tersebut mendapat pelbagai komen serta ucapan selamat berpuasa oleh pengikut-pengikutnya. Ada yang meluahkan rasa kagum dan memberi semangat kepada penyanyi ini untuk terus kuat menyahut cabaran berpuasa dalam tempoh yang lebih lama. Ada juga yang mendoakan agar Soo Wincci diberikn hidayah memeluk Islam.

..