Fri05252018

LAST_UPDATEFri, 25 May 2018 8am

6 Bulan Tanggung Tohmahan, Izreen Azminda Maafkan Netizen

..

Selepas hampir enam bulan berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada masyarakat, aktres kontroversi Izreen Azminda mengakui dia sudah memaafkan semua pihak yang selama ini mengecam serta mencacinya.

Memetik laporan BH online, Izreen tidak menafikan apa yang dilalui sepanjang tempoh itu memberi kesan yang mendalam pada dirinya dan menjadikan dia kini seorang yang lebih bersabar.

"Kesannya cukup dalam, walaupun kontroversi bukan cerita baharu dalam hidup saya. Inilah kontroversi yang paling buruk pernah dilalui, saya puas menangis berbulan-bulan.

"Bagaimanapun, saya ikut nasihat ibu. Saya memaafkan mereka yang mencaci maki tanpa tahu keadaan sebenar walaupun hati saya benar-benar terguris.

"Saya rasa lebih tenang dan bahagia memaafkan mereka yang mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya terhadap saya dan suami," katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada pemuzik bebas, Ude, ini berharap kisah kontroversi mengaitkan dia dan suaminya dapat dihentikan daripada terus menjadi bahan bualan.

"Saya pinta kontroversi berhubung kisah saya diletakkan ketepi mulai sekarang," katanya.