Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Rasa Bersalah Rakam, Kongsi Video Fathia Solat Dalam Kereta

..

Kisah video pelakon kontroversi Fathia Latiff sedang bersolat dalam keretanya yang menjadi tular pada petang Rabu lalu sehingga kini masih diperkatakan ramai.

Fathia juga sudah menjelaskan dia tidak tahu menahu mengenai kelakuanya itu dirakam dan di kongsi di InstaStory oleh rakannya, pendandan rambut yang hanya mahu dikenali sebagai Ridzokumura.

Menerusi laporan mStar online, Ridzokumura mengakui berasa bersalah atas perbuatannya itu. Katanya, dia tidak berniat untuk menjadikan pelakon berkenaan sebagai bahan kecaman, sebaliknya ingin berkongsi kebaikan yang tidak diketahui masyarakat tentang wanita itu.

"Dia tidak tahu tentang video yang saya muat naik petang kelmarin (Rabu) menjadi tular di Internet. Dia sendiri terkejut bila ditanya wartawan.

"Saya pula rasa bersalah dan kasihan dekat dia terus menjadi bahan perbualan di media sosial,” tuturnya.

Tambahnya lagi, sebagai seorang kawan, dia berasa kagum dengan aktres berkenaan yang tidak meninggalkan ibadah wajib itu di mana sahaja.

"Saya hanya ingin berkongsi dengan pengikut raman sosial saya tentang Fathia yang orang luar tidak tahu. Dia seorang budak yang baik", katanya yang berkawan rapat dengan pelakon Ariana Rose sejak tujuh tahun lalu.