Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Park Bom Buka Mulut Isu Ubat Terlarang, Palsukan Umur

..

Kebelakangan, penyanyi seksi Park Borm dilaporkan kembali terlibat dengan kes pengamilan ubat-ubatan terlarang. Selain itu bekas anggota kumpulan 2NE1 ini di dakwa memalsukan umur seperti yang didedahkan dalam program PD Note terbitan saluran MBC.

Ekoran kontroversi tersebut, nama penyanyi yang popular dengan lagu Dont Cry itu menjadi trending topik sekaligus menerima kritikan daripada banyak pihak.

Tidak berdiam diri, Park Bom bersuara meluahkan rasa terkilan dengan tuduhan dan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya. Bagaimanapun dia bersyukur kerana keluarga tidak lagi terkejut dengan isu tersebut kembali terpalit pada dirinya sebaliknya mereka kini lebih tentang berdepan dengan berita tersebut.

"Saudara menghubungi saya, jadi saya menonton PD Note dengan ibu bapa. Mereka sudah kebal dengan isu 'ubat-ubatan' jadi sekarang hanya menghela nafas," kata Park Bom.

"Sukar melihat orangtua saya seperti itu. Saat berita ubat-ubatan keluar, mereka bertanya 'Kamu benar melakuannya?' Tapi sekarang mereka hanya menghela nafas."

"Saya tak pernah ambil ubat terlarang. Benar saya diperiksa tapi tidak dihukum," tambahnya

Akhirnya Park Bom mengakui dia sebenarnya selama ini menderita kerana mengidap penyakit mental sejak dari zaman persekolahannya.

"Saya mengidap penyakit peribadi. Saya harus makan ubat sejak dari sekolah menengah dan kolej. Saya mengidap ADD (Attention Deficit Disorder), yang jarang berlaku di Korea

"Nama penyakit ini mulai dikenali ramai tetapi belum ada kaedah rawatan atau ubat yang pasti. Jadi saya ambil ubat ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Karena saya sukar untuk menahan gangguannya."

"Saya dikenali sebagai penyeludup saat membawa Adderall. Di Amerika, itu satu kebiasaan untuk mengubati penyakit yang saya alami.

"Ini sesuatu yang terjadi dan saya kecewa apabila orang mendakwa saya mengambil 100 peratus amfetamin. Boleh disebut ubat, tapi apakah saya tidak boleh mengambilnya untuk mengubati penyakit saya?", tuturnya.

Selain itu, Park Bom juga menjelaskan mengenai gosip dirinya bukan lahir pada tahun 1984 tetapi tahun 1979 atau 1980.

"Tanya temanku. Aku lahir 1984, saya kini berusia 34 (kiraan usia global). Adakah masuk akal jika saya lebih tua dari kakak saya?," soalnya.