Fri05252018

LAST_UPDATEFri, 25 May 2018 9am

Tak Sia-sia Kris Wu Keluar EXO

..
Keputusan Kris Wu keluar daripada kumpulan KPop sensasi, EXO, pada tahun 2014 ternyata tidak meninggalkan penyesalan bagi pemuda berasal dari tanah besar China ini.

Sejak bergerak solo, Kris berjaya membina nama di negaranya sendiri dan rupanya dia kini telah melangkahkan kaki menuju industri muzik antarabangsa.

Menerusi akaun Instagram rasmi Universal Music Group, label muzik tersebut baru-baru ini mengumumkan bahawa Kris kini adalah artis dibawah naungan label mereka.

"Dengan bahagia menyambut @kriswu, bintang global ke keluarga UMG," tulis pihak label tersebut pada foto dan video ketika Kris mendandatangani kontraknya.

UMG adalah syarikat rakaman dan label terbesar yang berpusat di Santa Monica, California dan Broadway, New York City. Mereka menaungi artis-artis besar seperti Rihanna, Ariana Grande, Lady Gaga, Katy Perry dan ramai lagi.

Bernaung dibawah label antarabangsa bermakna peluang buat bintang berusia 27 ini untuk mengukuhkan nama di pasaran muzik global seperti mana yang dicapai EXO, kini semakin terbuka luas.

Berita tersebut turut mendpat respon positif daaripada peminat yang rata-rata gembira dengan perkembangan karier idola kesayangan mereka ini.

"Tolong jaga Kris kami, dia sangat berbakat! Sangat bangga dengan kamu Kris! Saya akan terus menyokong kamu!" komen seorang peminat.

"Kris berbakat dan berpotensi. Tolong promosikan dia dengan baik kerana dia berhak mendapatkannya! Dia akan menjadi arti yang besar suatu hari nanti," kata seorang lagi peminat.

Pada tahun lalu, Kris tampil menerusi lakonan filem Hollywood pertamanya bertajuk, xXx: Return of Xander Cage yang turut dibarisi pelakon ternama seperti Vin Diesel, Donnie Yen, Deepika Padukone, Tony Jaa, Samuel L. Jackson dan ramai lagi.