Mon05282018

LAST_UPDATEMon, 28 May 2018 9am

Optimis Lawan Azmin Habis-habisan!, Diva AA Pilih Logo Pisang

..

Selepas mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) demi menentang abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selebriti kontrovetsi Azwan Ali tampil dengan kenyataan baru, beliau berkemungkinan memilih buah pisang sebagai logo yang mewakili dirinya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di internet, Azwan yang juga menggelar dirinya sebagai diva AA berkata dia tidak mengharapkan satu sen dana daripada mana-mana pihak kerana dirinya sudah kaya.

Malah dia tidak kisah sekiranya kalah dan kehilangan duit taruhan sebaliknya menganggap ia sebagai sedekah kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Diva ini tak mengharapkan dana se sen daripada sesiapa because im that rich, so why bother... why bother... why bother...

"Kalau pun hilang wang taruhan, diva anggap sebagai sedekah. Sedekah menjelang puasa kepada SPR. Duit aku berlambak lah...," katanya dengan nada angkuh dan penuh yakin.

Tambah pengacara berusia 52 tahun ini lagi, dia sudah tidak sabar untuk menentang Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. Beliau juga adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.

"Yang penting diva ini akan menentang calon di mana beradanya Azmin Ali. You can say whatever nonsense, i know him better!.

"Biarlah, kalau korang semua takde telor untuk menentang beliau, ini... ini anak jantan akan tentang habis-habisan!," tuturnya.

Diva AA juga memberitahu dia merancang untuk mengajak semua peminatnya bersama-sama melakukan solat hajat.

Selain itu dia sempat 'berkempen' menyeru rakyat mengundi dirinya. Katanya, rakyat adalah nombor satu dan sentiasa memberi inspirasi kepadanya.

Sebelum mengakhiri ucapan, Azwan memberitahu dia akan menggunakan logo buah pisang sambil menunjukkan replika sebiji buah pisang.

Azwan antara individu yang lantang mengecam Mohamed Azmin, selain pernah membuat laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember tahun lalu.

Ini merupakan kali pertama Azwan menceburi dunia politik dan bertanding dalam pilihan raya umum.