Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Info Penting Untuk Peminat OneRepublic Sebelum ke Konsert 25 April Ini

..

Kunjungan semula kumpulan pop rock popular Amerika Syarikat, OneRepublic ke Malaysia semakin hampir.

Konsert OneRepublic Live In Malaysia 2018 bakal menggegarkan Stadium Merdeka pada Rabu, 25 April ini jam 8 malam.

Ini adalah persembahan pertama kumpulan dianggotai Ryan Tedder (penyanyi), Zach Filkins (gitar), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bass, cello) di Kuala Lumpur sejak lima tahun lalu.

Konsert mereka di Kuala Lumpur sebelum ini diadakan pada 2013.

Dalam konsert ini, OneRepublic bakal membawakan lagu dari album Oh My My yang menduduki tangga ketiga dalam Carta US sebaik berada di pasaran. Selain itu, mereka juga akan memainkan lagu-lagu popular daripada album terdahulu.

Sementara itu, bagi memastikan semuanya berjalan lancar, penganjur iaitu WGW Entertainment menasihatkan penonton menggunakan perkhidmatan monorel untuk ke Stadium Merdeka.

Pada hari konsert, hanya terdapat SATU PINTU MASUK yang menjadi pintu masuk utama ke Stadium Merdeka. Ia boleh dimasuki menerusi stesen monorel Maharajalela yang terletak bersebelahan Stadium Merdeka.

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan MRT dan turun di stesen Merdeka yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki ke Stadium Merdeka. Selain itu, anda juga boleh berkongsi kereta bersama rakan-rakan.

..

 

Barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke konsert:

..
• Kamera DSLR/kamera profesional
• Peralatan rakaman video atau suara
• Bekas plastik/kaca/ tin
• Senjata atau sebarang objek tajam
• Payung atau barangan terlalu besar
• Pen laser dan mercun atau barangan berbahaya
• Sepanduk berbaur politik/sepanduk berserta tiang
• Dadah dan minuman beralkohol

Selain itu, penganjur juga memaklumkan tiket-tiket kini makin laris dan tiket untuk satu zon sudah habis dijual. Dapatkan segera sebelum anda kecewa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ticketcharge.com.my atau hubungi +03-92228811.