Tue07172018

LAST_UPDATETue, 17 Jul 2018 10pm

Ibu Kim Jong Kook Sebut Song Ji Hyo Sebagai Menantunya

..

Sejak akhir tahun lalu, beredar gosip kononnya bintang terkenal Korea, Kim Jong Kook dan pelakon Song Ji Hyo mempunyai hubungan istimewa.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan kemesraan mereka memang jelas lebih-lebih lagi dua personaliti itu menjadi sahabat baik juga rakan sekerja selama hampir lapan tahun menerusi program realiti popular Korea, Running Man. Malah rata-rata peminat program tersebut restu dengan hubungan dua bintang pujaan mereka itu.

Bagaimanapun kedua-duanya tidak pernah memberi sebarang kenyataan mengenai khabar angin tersebut.

Terbaru, Song Ji Hyo sekali lagi dikaitkan dengan Kim Jong Kook selepas aktres drama Princess Hours itu menjadi pengacara jemputan program My Ugly Ducking yang ditayangkan pada 18 Mac lalu.

Pada episod tersebut, para ibu dari selebriti yang masih single diundang untuk menceritakan kehidupan anak-anak mereka Termasuklah ibu Kim Jong Kook turut hadir sebagai tetamu.

Memetik laporan Soompi.com, pihak produksi My Ugly Duckling mendedahkan para ibu selebriti yang menjadi tetamu pada hari itu saling bersaing mahu menjadikan Song Ji Hyo sebagai menantu mereka.

..

Masing-masing semakin bersemangat dan suka dengan Song Ji Hyo apatahlagi pelakon berusia 36 tahun itu memberitahu dia boleh menguruskan kerja-kera rumah dengan baik.

Di tengah-tengah 'persaingan' itu, ibu Kim Jong Kook tiba-tiba berkata, "Song Ji Hyo sebenarnya ditakdirkan sebagai menantuku," tuturnya sambil bergurau.

Selain itu ibu Kim Jong Kook juga memberikan pandangannya tentang hubungan Song Ji Hyo dengan anak lelakinya itu.

"Nampak seperti Kim Jong Kook bukanlah lelaki yang sesuai dengan keinginannya. Mereka di acara yang sama selama bertahun-tahun, tapi yang terdengar hanya gosip," katanya.

Sementara itu, Song Ji Hyo memberitahu alasan mengapa dia tidak boleh bercinta dengan Kim Jong Kook.

"Saya tidak boleh mempunyai perasaan terhadap seseorang yang bekerja dengan saya," akuinya.