Tue07172018

LAST_UPDATETue, 17 Jul 2018 10pm

Sudah Lama 'Move On', Sherry Kini Bahagia Dengan Seseorang

..

Biarpun ada pihak yang menganggap Sherry Ibrahim masih belum 'move on' daripada kisah putus cinta yang di lalui dua tahun lalu, namun aktres berusia 35 tahun itu menegaskan dia sudah lama melupakan apa yang berlaku.

Menurut laporan HM online, Sherry berkata, ketika ini dia berasa sangat gembira dengan kehidupannya dan mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang.

Namun, memandangkan perhubungan itu masih dalam fasa perkenalan, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 35, tidak mahu terlalu bercerita. Sebaiknya dia mengambil pendekatan mengunci mulut terlebih dahulu dan menjalani hubungan itu seperti biasa.

Malah, Sherry sentiasa percaya kepada ketentuan dan aturan Allah. Sekiranya jejaka itu adalah jodohnya, dia pasti akan berkahwin juga.

"Selagi saya tidak berkongsi mengenai kisah cinta atau perhubungan, orang sentiasa beranggapan saya belum ‘move on’. Sebaliknya, saya sudah lama melupakan apa yang berlaku. Malah, ketika ini saya berasa sangat gembira dengan apa dilalui.

"Pada masa sama, saya tahu ada pihak yang masih tidak senang dengan apa saya lalui dan miliki sekarang. Selepas apa yang berlaku, saya sentiasa berfikiran positif dan muhasabah diri. Paling penting, saya tidak kacau hidup orang lain.

"Alhamdulillah, sekarang saya bahagia dengan seseorang. Cuma, apa saya boleh kongsikan perhubungan kami masih dalam fasa perkenalan.

"Sejujurnya, saya sibuk dengan beberapa komitmen kerja dan perniagaan, jadi belum ada sebarang perancangan ke arah lebih serius,” katanya.