Sat04212018

LAST_UPDATESat, 21 Apr 2018 9pm

Aktor Glee Ini Dikecam, Dikatakan Keliru Dengan Identiti Sendiri

..

Aktor yang terkenal menerusi siri Glee, Darren Criss baru-baru ini dikecam teruk gara-gara lantang mengulas tentang asal usulnya apabila dia mengaku lebih suka tidak dikenali sebagai Asia-Amerika.

Menurut Daren, dia dilahirkan dalam keluarga berdarah campuran yang mana ibunya berasal dari Pulau Cebu, Filipina manakala bapanya, berasal dari Pittsburgh, Pennsylvania.

“Ibu saya Asia Amerika. Dia dari Filipina dan datang ke sini, kemudian berkahwin dengan seorang lelaki kulit putih, wujudlah saya,” jelas aktor 31 tahun itu.

Walaupun dirinya separuh Filipina tetapi sehingga sekarang dia belum mempunyai pengalaman casting untuk watak sedemikian.

"Saya selalu mengatakan salah satu perkara yang saya suka tentang diri saya ialah saya berketurunan separuh Filipina tetapi saya langsung tidak kelihatan seperti itu.

"Saya kelihatan seperti lelaki Caucasian, dan ia sangat menyenangkan,” ulasnya.

Bagaimanapun kata-kata Darren itu mendapat respon negatif dan mengundang kemarahan kalangan netizen khususnya pengguna Twitter yang merasakan Darren tidak berbangga dengan asal usulnya.

Malah, ada juga yang mengatakan Darren lebih senang dikenali sebagai Caucasian, yang memudahkan dia mendapat panggilan ujibakat lakonan.

Selain menganggapnya keliru dengan identiti sendiri dan mempunyai tanda-tanda awal mengidap penyakit Alzheimer.

..