Tue07172018

LAST_UPDATETue, 17 Jul 2018 10pm

Juruteknik Kena Potong Gaji Sebab Kacak Sangat Macam Song Jong Ki

..

Tidak semestinya lelaki yang berwajah kacak selalu dianggap bertuah. Ada juga yang bernasib malang seperti yang dialami seorang juruteknik di lapangan terbang di Xiamen, China ini.

Menurut laporan nextshark.com, juruteknik tersebut berhadapan dengan tindakan dipotong gaji sebanyak 10 peratus kerana berketerampilan terlalu kacak selepas sebuah klip video yang dirakam oleh penumpang sebuah penerbangan telah tersebar di internet.

Dalam video berdurasi tidak sampai 20 saat yang dimuat naik ke platform perkongsian TikTok itu ada memaparkan klip juruteknik tersebut sedang mengawasi sebuah kapal terbang yang baru sahaja mendarat namun dalam masa yang sama, dia yang berada di tengah panas ketika itu mengenakan sepasang kaca mata hitam. Video tersebut tular dan menjadi bualan ramai pengguna media sosial.

 

Bahkan ramai yang mengaitkan penampilan juruteknik 25 tahun itu dengan aktor pujaan kelahiran Korea, Song Joog Ki menerusi karakter yang dilakonkannya sebagai pegawai tentera kapten Yoo Si Jin dalam drama fenomena Descendent of The Sun.

Salah satu babak lakonan Song Jong Ki dalam drama Descendent of The Sun.Salah satu babak lakonan Song Jong Ki dalam drama Descendent of The Sun.

Impak daripada video yang tular itu, pihak majikan dan syarikat lapangan terbang berkenaan bertindak untuk memotong gaji juruteknik kacak itu sebagai penalti kerana dianggap telah menyalahi udang-undang disiplin.

Dia dikatakan bersalah kerana tidak memakai pakaian yang kemas serta meletakkan tangannya di dalam poket seluar seperti yang dapat dilihat dalam rakaman video viral berkenaan.

..

Walau bagaimanapun, ramai pengguna media sosial tidak bersetuju dengan keputusan syarikat lapangan terbang sekaligus menganggap tindakan itu tidak wajar sama sekali.

"Saya bersimpati kepadanya. Dia mungkin orang yang pertama yang kena potong gaji hanya disebabkan wajahnya terlalu kacak," komen seorang netizen negara itu.

Seorang lagi netizen turut memberi komen berkata, "Bos lelaki itu sebenarnya mungkin cemburu dengan kekacakannya".

Bagaimanapun pemuda berkenaan berterima kasih kepada netizen yang memberi sokongan serta cuba 'membela' nasibnya. Namun dia tetap mengaku kesalahannya kerana tidak mematuhi etika dan peraturan ketika waktu bekerja.

..

"Sejujurnya, saya masih berasa agak gembira kerana tidak mudah menjadi begitu terkenal dengan cepat.

"Syarikat saya tidak melakukan apa-apa yang salah, itu adalah kesalahan saya kerana tidak mematuhi piawaian yang betul dari segi kod pakaian dan tingkah laku," katanya.