Tue07172018

LAST_UPDATETue, 17 Jul 2018 10pm

Ramai Lelaki Hantar Foto Lucah, Mesej Menggoda - Nur Sajat

..

Biarpun terpalit dengan beberapa kontroversi termasuklah isu jantinanya dipertikaikan namun usahawan kosmetik, Nur Sajat mededahkan dia kerap menerima mesej godaan dan ayat-ayat berbaur lucah daripada lelaki tidak dikenali di laman sosial.

Menurut laporan mStar online, Sajat, 32, berkata, kiriman tersebut bukan sahaja dihantar secara peribadi kepadanya malah wakil stokis dan ejen perniagaan turut menerima mesej serupa.

"Sejak semakin popular ni, banyak betul mesej godaan termasuklah foto lucah yang saya terima di WhatsApp dan Instagram.

"Mereka bukan sahaja hantar kepada saya, wakil stokis turut terima kiriman sama. Mungkin mereka menyangka nombor telefon yang tertera di Instagram itu nombor Sajat kut?

"Bila kita tak layan permintaan mereka, mulalah jadi haters dan komen yang bukan-bukan di laman sosial tersebut," katanya.

Dia bagaimanapun enggan melayan mesej-mesej berbentuk negatif itu dan menganggap ia hanya usikan nakal peminat.

Namun sekiranya antara individu berkenaan bertindak keterlaluan, dia tidak teragak-agak untuk memberi pengajaran supaya mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut.

"Selalunya saya abaikan sahaja mesej tidak berfaedah macam itu, kalau dilayan semakin menjadi-jadi. Tak fasal-fasal nama kita juga yang buruk nanti.

"Kalau melampau sangat, saya akan block (sekat) akaun tersebut dan jika perlu saya akan tularkan akaun itu sebagai pengajaran," katanya.

Dalam pada itu, Sajat bakal muncul dengan single berjudul Makhluk Penggoda. Selain itu program vlog yang berkonsepkan rakaman realiti mengenai kisah peribadi dan perniagaan miliknya telah disiarkan menerusi portal Tonton sejak 28 Februari lalu.