Sat04212018

LAST_UPDATESat, 21 Apr 2018 9pm

Tak Kecil Hati Dikata Tak Boleh Nyanyi Secara Live

..

Penyanyi popular, Nabila Razali mengakui tidak berkecil hati terhadap segelintir pihak yang mempersoalkan kebolehannya menyanyi secara live.

Memetik laporan Sinar Harian, pelantun lagu Pematah Hati ini berkata dia menyedari bukan satu perkara mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

"Saya rasa semua orang ada kebolehan untuk menyanyi.

"Dan… saya juga tahu dari dulu lagi orang cakap saya tak boleh nyanyi live.

“Mungkin itu kelemahan saya, tapi saya juga cuba dengan sedaya upaya saya,” katanya.

Pun begitu, gadis berusia 26 tahun ini mengakui menerima setiap kritikan dengan hati terbuka.

“Saya hanya ambil setiap kritikan daripada sudut positif.

“Tapi, saya enggan mengambil peduli jika kritikan tersebut berniat untuk menjatuhkan semangat sendiri,” katanya.

Perkembangan terkini, Nabila sedang dalam proses mencari dan menunggu material daripada beberapa komposer bagi menghasilkan single terbaharu.