Mon07162018

LAST_UPDATEMon, 16 Jul 2018 10am

Mia Ahmad Mohon Maaf, Kongsi Berita Gembira

..

Tahniah kepada pelakon Mia Ahmad kerana bakal menjadi ibu tidak lama lagi selepas disahkan hamil.

Menerusi akaun sosial Instagram, Mia berkongsi berita gembira tersebut. Bagaimanapun pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri Hati Perempuan ini tidak menyatakan usia kandungannya.

.."Dengan penuh kesyukuran, saya ingin mengumumkan saya kini sedang hamil, takut juga mahu umumkan tentang ini kerana pernah keguguran beberapa bulan lalu.

"Tetapi, ia membuatkan saya lebih kuat dan memberanikan diri untuk memberitahu semua orang tentang kehamilan ini.

"Saya harap semua orang memahami keadaan saya dan minta maaf jika ada di antara kamu yang terkejut dengan hal ini," tulisnya.

Dalam pada itu, Mia memohon maaf kepada pihak produksi kerana terpaksa menolak beberapa program berkaitan kerana perlu menjaga kesihatan di awal kandungan.

"Saya ingin mohon maaf kepada semua produksi kerana terpaksa tolak tawaran lakonan, penggambaran, penampilan majlis, temuramah dan sebagainya kerana perlu menjaga kesihatan.

"Saya juga mohon maaf kepada pihak media kerana tidak membalas panggilan telefon dan Whatsapp dihantar.

"Saya harap perjalanan kehamilan saya akan berada di dalam doa anda dan semoga Allah memberkati kita semua. Amin," tulisnya.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi bernikah dengan penjaga gol bola sepak pasukan JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.