Mon04232018

LAST_UPDATEMon, 23 Apr 2018 1am

Bekas Gitaris Direman Bantu Siasatan Kes Warga Emas Dibunuh

Kredit foto Kosmo!Kredit foto Kosmo!

Alor Setar - Seorang bekas gitaris sebuah kumpulan rock direman selama tujuh hari selepas didakwa membunuh wanita warga emas dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Malaysia, Pumpong, Alor Setar pada 25 Februari lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris yang membenarkan suspek yang berusia 44 tahun itu direman bermula semalam sehingga 19 Mac depan bagi membantu siasatan.

Polis menahan suspek di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu berkaitan satu lagi kes pecah rumah di Taman Golf dan ketika siasatan, lelaki tersebut membuat pengakuan membunuh warga emas terbabit, Kau Fu Eng, 71, yang ditemui mati dengan kesan jerutan dipercayai akibat pergelutan.

Dalam siasatan itu, suspek mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan pecah rumah.

sumber: Kosmo! online