Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 2pm

Aktres Cantik Ini Bela 50 Ekor Kucing Jalanan di Rumah Mewahnya

..

Pelakon dan model popular China, Liu Yi Fei dikenali dengan pesona serta keanggunan wajahnya setiap kali menghidupkan watak menerusi drama-drama epik dan bersejarah.

Bahkan aktres berusia 30 itu sekarang rancak membina nama di persada lakonan Hollywood melalui filem adaptasi 'live action' Mulan, terbitan Disney.

Walaupun kedua ibu bapanya telah berpisah ketika dia masih kecil namun Liu Yi Fei lahir dalam keluarga yang kaya raya.

Bapanya merupakan seorang profesor juga menyandang jawatan sebagai Setiausaha Kedutaan China di Perancis. Manakala ayah tiri pula merupakan seorang jutawan.

Tidak hairanlah jika Liu Yi Fei hidup dalam kemewahan selain mengecap populariti dalam dunia seni.

Selain itu, dia juga sebenarnya seorang yang sangat cinta kepada kucing. Dia seringkali mengambil kucing-kucing jalanan dan menempatkan mereka di kediamannya yang merupakan sebuah rumah mewah terletak di sebiah residen di Beijing.

Setakat ini dia memelihara sebanyak 50 ekor kucing di dalam rumah.

..

Selain menjadi tempat perlindungan kucing, rumah mewah Liu Yi Fei dilengkapi dengan berbagai kemudahan dan kelengkapan moden serta terdapa beberapa bilik khas seperti bilik piano, bilik menari, dan bilik teater. Harga rumah mewah tersebut dilaporkan mencecah RMB1 bilion.

Selain minat memelihara kucing, Liu Yi Fei juga mempunyai hobi mengumpul koleksi kereta mewah. Antara kereta yang dimilikinya seperti Porsche, Ferrari 458 Speciale juga Bentley.