Fri07202018

LAST_UPDATEFri, 20 Jul 2018 9am

Pelakon Notting Hill Timang Anak Ke-5 Diusia 57 Tahun

..

Aktor yang popular dengan filem Notting Hill, Hugh Grant baru-baru ini menyambut kelahiran anak ketiga hasil hubungan bersama teman wanitanya, Anna Eberstein.

Berita gembira tersebut dikongsi oleh bekas teman wanita Hugh, Elizabeth Hurley, ketika dia di acara mempromosikan pertunjukannya "The Royals" pada sekitar minggu lalu.

"Saya sangat beruntung kerana selama 31 tahun persahabatan kami, dia (Hugh) masih sahabat terbaik saya, dia benar-benar seorang yang hebat.

"Saya banyak melihat dia, bercakap dengannya, anda tahu, dia kini mempunyai lima anak dan dia seorang ayah yang hebat.

Dua hari kemudian, Elizabeth mengesahkan berita itu semasa penampilannya di program "Watch What Happens Live with Andy Cohen".

Apabila ditanya sama ada dia terkejut dengan Hugh yang mempunyai ramai anak, Elizabeth menjawab, "Dia mempunyai satu lagi minggu lepas, dia mempunyai lima, dia berusia lebih dari 50 tahun, dia seorang ayah yang mempesonakan.

"Anak-anak ini telah mengubahnya dari orang yang sangat sengsara kepada yang lebih baik, dia naik skala," tutur Elizabeth

Sebelum ini, laporan media antarabangsa menyebutkan bahawa pelakon dan penerbit televisyen Sweden itu bakal menjangkakan menimang cahaya mata pada bulan Januari apabila kelibat pasangan itu dikatakan dilihat di lapangan terbang bandar New York.

Ketika itu, Anna yang memakai baju kot berwarna hitam dipercayai sedang hamil memandangkan bentuk perutnya yang agak buncit.

Terdahulu, Hugh, 57, mempunyai dua anak lelaki dengan bekas teman wanita Tinglan Hong. Mereka Tabitha Xaio Xi, berusia 6 tahun dan Felix Chang, 5 tahun. Dia dan Anna pula mempunyai dua anak, masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

Sejak kematian ibunya, Hugh mengambil alih tanggungjawab menjaga sekaligus sebaga duta besar Pusat Kebajikan Kanser Marie Curie Cancer.

Mengenai karier seni, kali terakhir dia muncul menerusi filem Paddington 2 yang ditayangan pada 12 Januari tahun lalu di Amerika Syarikat.