Thu07192018

LAST_UPDATEThu, 19 Jul 2018 5pm

Sinki, Berus Gigi Emas SeungRi Curi Perhatian

..

Buat pertama kalinya, penyanyi dan pelakon terkenal Seungri membawa peminat 'masuk' ke kediaman miliknya menerusi program realiti, I Live Alone yang ditayang pada 9 Mac lalu.

Seungri tinggal di sebuah apartment yang berkeluasan 2,100 kaki persegi, terletak di Samsung-dong, Seoul. Ia dilengkapi tiga bilik dan dekorasi mewah dan bergaya.

Sebelum ini, berita Seungri bersetuju menyertai program tersebut disambut gembira dan teruja terutama para peminat Big Bang yang memang sudah lama ingin mengetahui lebih dekat mengenai idol kesayangan mereka itu menjalani rutin harian jika berada di rumah atau tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti seni.

Menerusi episod pertama itu, peminat didedahkan dengan suasana di seluruh ruang dalam rumah Seungri yang serba mewah dengan kelengkapan yang moden. Daripada bahagian ruang tamu, dapur, bilik tidur dan bilik air juga beberapa bilik lain seperti dress room yang menempatkan pakaiannya, aksesori serta koleksi kasut.

..

Antara bahagian yang menjadi tumpuan penonton ialah ruang bilik air Seungri yang turut terdapat sebuah tab mandi serta dereta produk mandian dan penjagaan kulit. Dan yang lebih menjadi bualan ialah sebuah sinki berwarna keemasan. Pehhh! sinki pun emas.

Bukan hanya para hos program itu yang terkejut dan kagum malah para penonton juga memberi reaksi terkejut dan mula memperkatakan mengenai 'sinki emas' bintang berusia 27 tahun itu. Bukan itu saja, sebatang berus gigi berwarna keemasan turut terletak di atas sinki tersebut.

Hos bertanya kepada SeungRi adakah sinkinya diperbuat daripada emas tulen?

Sambil tergelak kecil, Seung Ri menjawab, "tidak, ia bukan emas tulen".

Pun begitu,, ada kalangan peminat yang tidak terkejut melihat kehidupan mewah Seungri memandangkan dia sedia diketahui bukan saja bergelar idol malah seorang usahawan (mempunyai 35 restoran Ramen d Korea dan beberapa negara Asia lain seperti Jepun, Vietnam juga bakal dibuka di Malaysia) yang berjaya.

 https://www.youtube.com/watch?v=CCnHW72eWJ0