Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 4pm

Kisah Peribadi Saya Tak Nak Komen - Hefny Sahad

..

Meskipun hubungan cintanya dengan Uqasha Senrose bukan lagi rahsia namun pengacara dan pelakon Hefny Sahad tidak mahu terlalu berkongsi mengenai perkembangan hubungan mereka sekaligus berharap tidak timbul apa-apa spekulasi dari mana-mana pihak.

 

Memetik laporan mStar online, Hefny, mengesahkan hubungannya dengan pelakon cantik itu masih seperti biasa.

Kata pengacara Muzik-Muzik 32 itu, dia lebih selesa berkongsi tentang kariernya berbanding kisah peribadi.

"Saya harap tidak ada mana-mana pihak buat spekulasi mengenai saya dan dia sebab hubungan kami macam biasa.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, tahun 2018 saya nak lebih banyak cerita tentang karier. Kisah peribadi saya tak nak komen," katanya.

Dalam pada itu Hefny berkata dia enggan dilihat sekadar ingin menumpang populariti pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu memandangkan sudah terlalu banyak liputan mengenai kisah cintanya.

"Saya perhatikan, liputan mengenai kisah cinta kami terlalu banyak dan tumpuan umum hanya terarah ke situ.

"Saya tak mahu orang bercakap saya tumpang populariti Uqasha pula," ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan, Uqasha berkongsi berita gembira bakal bertunang dengan Hefny.

Namun pasangan itu dikatakan tidak lagi memuat naik foto bersama di laman sosial.