Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Gaun Pengantin Meghan Markle Cecah RM2.17 juta

..

Persiapan demi persiapan dibuat pasangan yang bakal menjadi tumpuan dunia, Putera Harry dan Meghan Markle, menjelang hari perkahwinan mereka pyang akan berlangsung pada Mei depan.

Antara yang hangat diperkatakan tentunya busana pengantin yang akan dipakai Meghan pada hari dia akan bertukar status daripada seorang janda kembali menjadi isteri.

Lapor Mail Online UK, gaun pengantin yang akan dipakai oleh pelakon siri Suits itu, dikatakan berharga £400,000 (RM2.17 juta), dengan bajet majlis itu dilaporkan bertambah sekali ganda.

Sumber terdekat kepada Meghan memberitahu majalah Look bahawa sejumlah £400,000 dibelanjakan untuk fesyen buat hari istimewanya, dengan sebahagian besar dibelanjakan untuk busana pengantin.

Bercakap kepada majalah itu, sumber berkata: "Meghan seperti mana-mana bakal pengantin lain yang sedang membuat persiapan untuk hari istimewanya.

"Busana pengantin itu merupakan perbelanjaan terbesar, dan bajet sekarang berganda daripada yang asal.

Meghan turut dilaporkan membelanjakan lebih £100,000 (RM542,256) untuk majlis keraian selepas hari perkahwinannya.

Sumber menambah: "Terdapat juga bulan madu menelan belanja £120,000 (RM650,707) tetapi ia adalah hadiahnya kepada Harry."

Spekulasi turut bertiup kencang mengenai siapakah pereka yang dipilih Meghan untuk busana pengantinnya.